Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Thursday, September 14, 2017

Khasiat Halba

Sebelum tidur jom minum air halba
Walaupun halba ni murah
Tapi kelebihannya mengalahkan EMAS....

KELEBIHAN HALBA

Rasulullah saw bersabda:

Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas.

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad Bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad Bin ABu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa'. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya. Rasulullah saw kemudiannya bersabda:

'Gunakanlah Halba sebagai ubat' (Qamus Al-Tibb)

Kegunaan Halba:

1. Diminum sebagai teh untuk:
- Melancarkan haid
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lendir tekak
- Melegakan sakit kepala/migraine
- Membuang angin
- Menyembuhkan buasir
- Sengugut
- Meransang rahim
- Kegemukan
- Kurang berat badan
- Mengawal kencing manis
- Radang kulit dan bisul

2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan merokok dan dadah
- Anemia

3. Untuk anak2 yg baliqh
- Kecergasan
- Kekuatan badan
- Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu🍼🍼🍼
- Banyakkan air 🥛🥛🥛

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambah nafsu 👨🏻dan 👩🏻

6. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.

7. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.

Halba merupakan antara ubatan yg tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad iaitu bapa perubatan Yunani.

#istiqamah
#didapurkitaadapenawardanadaracun
#jomsihatsecaranatural

Kredit : Azlin Mohamed

Friday, September 1, 2017

Panduan Beramal Dengan Hadis (1)



Hukum beramal dengan Hadis Aahad (آحاد) .

Sesungguhnya hadis-hadis Aahad wajib beramal dengannya sekiranya ia sahih, hasan, tidak terdapat hadis lain yang bertentangan yang lebih kuat sanad dan dilalahnya. Hal itu adalah berdasarkan rujukan kepada al-Quran, Sunnah dan Ijmak.

Hadis-hadis dari segi boleh beramal dengannya atau tidak boleh beramal dengannya terbahagi kepada 4 bahagian:

Pertama: Sahih iaitu hadis yang perawinya adil, kuat ingatan, tidak terputus sanad tiada ‘illah dan syaz.
Kedua: Hadis hasan iaitu hadis yang memiliki ciri-ciri hadis sahih. Cuma perawinya kurang kuat ingatan berbanding dengan hadis sahih.
Kedua-dua kategori ini wajib beramal dengannya kerana kedua-duanya ialah hujah. Melainkan hadis sahih kedudukannya lebih tinggi.
Ketiga: Hadis dha’if (lemah) iaitu hadis yang tidak memiliki ciri-ciri hadis yang boleh diterima (ciri-ciri di atas).
Kategori ini tidak boleh dijadikan hujah bagi perkara-perkara berkaitan akidah dan halal haram. 

Namun sebahagian ulama mutakhirin mengharuskan beramal dengannya dalam bab Fadhail A’amal dengan syarat-syarat berikut:
1-      Hadis tersebut perlulah berkaitan dengan fadhilat amalan.
2-      Hadis tersebut tidak terlalu lemah.
3-      Hadis tersebut termasuk dalam asal perkara yang diharuskan amalan.
4-      Bahawa ia tidak dianggap mesti dilakukan, sebaliknya ia hanyalah sekadar pilihan.

Keempat: Maudu’ (Palsu) iaitu ucapan yang diucapkan atau dikeluarkan oleh seseorang lalu dinisbahkan kepada Rasulullah SAW.
Kategori ini tidak boleh (haram) disebarkan dengan disandarkan kepada Rasulullah SAW. Hal ini berdasarkan dalil hadis daripada Sumrah bin Jundub RA bahawa Nabi SAW bersabda:
(من حدث عني بحديث يرى أنه الكذب، فهو أحد الكادبين) رواه مسلم
Terjemahan: "Sesiapa mendakwa sebuah hadis daripadaku sedang dia tahu ia dusta maka dia adalah salah seorang pendusta" (Hadis riwayat Muslim).

Al-Khatib Al-Baghdadi mengatakan: “Perawi hadis hendaklah tidak meriwayatkan hadis-hadis yang direka dan palsu. Sesiapa yang melakukan hal itu maka ia menganggung dosa yang berat dan dikategorikan sebagai pemalsu hadis”.

Terjemahan Azman Ariffin.
Sumber asal : fatwa.islamweb.net (No. Fatwa : 13202)

Thursday, August 31, 2017

Jawatan Separa Perubatan

JAWATAN SEPARA PERUBATAN (U29)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Post ini bertujuan untuk kongsi maklumat dengan adik-adik yang berumur antara 17 tahun hingga 25 tahun lepasan SPM atau diploma bersesuaian yang mencari pekerjaan atau berminat nak bekerja di hospital dalam sektor kesihatan dan perubatan (separa perubatan). Diharap blog ini boleh menjadi rujukan atau sumber untuk mendapatkan maklumat yang bersesuaian dengan bidang ini.


Permohonan Latihan Separa Perubatan

·         Bagi calon yang layak, surat panggilan temu duga dan ujian akan diberi. Semakan juga boleh dilakukan melalui Portal SPA pada bulan Oktober bagi sesi kemasukan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukan Julai.
·         Sahlaku permohonan bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Syarat kelayakan
·   Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
·         Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Latihan ke Perkhidmatan Awam
Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.
i.            lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
ii.            lulus enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
iii.            memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

** Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains/Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
·         Umur Calon Untuk Mengikuti Latihan Separa Perubatan
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
Pegawai sedang berkhidmat untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
Pegawai Sedang Berkhidmat (bukan Peningkatan Secara Lantikan) dalam perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Latihan bertaraf sijil
1. Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
2. Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja         
3. Latihan Jururawat    
4. Latihan Jururawat Masyarakat           
5. Latihan Juruterapi Pergigian               
6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan    
7. Latihan Juruteknologi Pergigian
8. Latihan Juru X-Ray      

Perhatian 
Pelatih-pelatih separa perubatan yang telah tamat latihan di peringkat diploma akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik ke jawatan mengikut latihan yang diikuti dengan Gred U29.
Berikut adalah pautan berkaitan :

          2. E-semakan permohonan.
          5. Semakan Keputusan Temuduga







Sumber: http://www.spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/latihan-separa-perubatan/2072