Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Showing posts with label sejarah awal penyembahan berhala. Show all posts
Showing posts with label sejarah awal penyembahan berhala. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Manusia memuja manusia


{ كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ } البقرة: (213)

Maksudnya: {Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.} [Al-Baqarah : 213].

       
Para pengikut sedang sujud kepada syeikh

Al-Hafiz Ibnu Kathir telah mengambil riwayat Ibnu Abbas RA ketika ketika menafsirkan ayat ini. Kata Abdullah Ibnu Abbas, jarak di antara nabi Adam dan nabi Nuh AS ialah sepuluh kurun. Semua manusia pada waktu iu berpegang dengan Syariah yang hak, kemudian mereka berselisih kerana masalah yang dipegang mengikut pendapat masing-masing. Maka Allah mengutuskan para nabi sebagai mubassyirin (pemberi khabar gembira) dan munazzirin (pemberi peringatan). Rasul yang pertama diutuskan selepas nabi Adam ialah nabi Nuh AS. (Lihat Tafsir Ibnu Kathir: 1/237).

Sebab kekufuran mereka ialah kerana terlalu memuja orang  yang soleh dalam kalangan mereka (al-ghulu fi hubbi as-solihin) dan inilah permulaan berlakunya syirik di atas muka bumi ini. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran:

{وَقَالُوا لا تَذَرُنَّ آلِهَتَكُمْ وَلا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلا سُوَاعًا وَلا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا}

Maksudnya: {Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasra”}. [Nuh: 23].

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya:

(Lima berhala tersebut, wadd, suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr) ialah  nama orang-orang yang soleh  di kalangan  kaum Nuh AS. Apabila mereka meninggal dunia, maka syaitan mengajar (memujuk) kaumnya agar mereka membuat patung-patung yang menyerupai mereka, kemudian diletakkan dimajlis tempat yang mereka biasa duduk semasa hayatnya dan mereka meletakkan nama patung itu seperti nama tuan asalnya. Maka pengikut orang soleh itu melaksanakan ajaran syaitan tersebut. Apabila golongan yang membuat patung tadi telah meninggal dunia dan datang pula generasi lain yang tidak mengetahui asal-usul kejadian patung, lalu mereka pun turut menyembahnya.

Imam Ibnu Kathir juga menyebut kisah ini sedemikian. Riwayat lain ada menceritakan tujuan mereka mengukir patung itu ialah kerana para pengikutnya takut pegangan  agama mereka menjadi lemah, lalu mereka mengukir patung-patung syeikh tersebut untuk mengingati kembali ajaran dan amalannya. Apabila mereka  melihat patung syeikh mereka, akan bertambah kuat semangat untuk beribadat. Pada peringkat awalnya mereka tidak menyembahnya, tetapi setelah berlalunya masa yang lama, mereka mula membesarkan dan menghormatinya dengan sepenuh

Syaitan yang menyeru untuk beribadat kepada tuhan selain daripada Allah SWT.

2)      Pemerintah yang zalim yang telah merubah hukuman yang diturunkan oleh Allah.

3)      Golongan yang menjalankan hukuman perundangan selain daripada hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT.

4)      Orang yang mengaku mengetahui perkara-perkara  yang ghaib dan tersembunyi selain daripada Allah SWT.

5)      Golongan yang disembah selain daripada Allah SWT (syaitan, manusia, jin, patung dan sebagainya) dan ia suka serta redha dengan perbuatan yang dilakukan terhadapnya itu.

Inilah di antara tafsir atau makna ’taghut’  yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.

Demikianlah betapa pentingnya peranan rasul-rasul AS utk mengembalikan manusia supaya taat dan tunduk kepada ang disembah selain daripada Allah SWT (syaitan, manusia, jin, patung dan sebagainya) dan ia suka serta redha dengan perbuatan yang dilakukan terhadapnya itu.

Inilah di antara tafsir atau makna ’taghut’  yang dimaksudkan dalam ayat tersebut.

Demikianlah betapa pentingnya peranan rasul-rasul AS utk mengembalikan manusia supaya taat dan tunduk kepada Allah sahaja.

Kita juga mestilah menolak semua jenis taghut kerana inilah syarat untuk menjadi seorang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul serta berada di atas landasan agama Islam yang diredhai Allah.

Firman Allah SWT:

{فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ }

Maksudnya: {…. sesiapa yang mengkufurkan (menentang dan menghancurkan) Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang dengan tali Allah yang teguh dan tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.} [Al-Baqarah: 256]. Wassalam.

Kerana itu jugalah Rasulullah SAW bersabda memberi amaran kepada umatnya, sebagaimana riwayat Sayyidina Umar Al-Khattab RA:

{لا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُْ}

Maksudnya: ((Janganlah kamu terlalu memujaku (sehingga melampaui had sebagai seorang nabi dan rasul kepada darjat ketuhanan dengan mengetahui perkara ghaib dan sebagainya) sebagaimana kaum Nasrani memuja nabi Isa bin Maryam. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan Rasul-Nya.)) [HR Bukhari Bukhari dan Muslim].

Demikanlah amaran dan tegahan Rasulullah SAW akan perbuatan memuja dan memuji manusia lebih daripada sepatutnya dengan membuat pelbagai gelaran dan anggapan. Ini akhirnya boleh merosakkan diri orang yang dipuja-puji itu sendiri.

Marilah kita sama-sama merenung kembali kepada perjalanan dan landasan yang kita lalui di dalam urusan agama kita (i’tikad). Semoga semua amalan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT. Akhirnya sama-samalah kita perhatikan kepada firman Allah SWT yang menggariskan apakah bentuk ajaran atau dakwah yang dibawa oleh semua nabi-nabi dan rasul-rasul.

Latar Sejarah Penyembahan Berhala

Namrud bin Kan’an bin Kusy adalah raja diraja penyembah berhala. Tiada orang yang melebih Namrud dalam kejahatan dan keburukan. Ia adalah orang yang pertama kali menyembah berhala pada masa Tahmuras (atau Tahmures) dan tatkala seseorang meninggal bentuknya diukir dari kayu dan disembah oleh masyarakat.[1]
Dalam Thabaqât Nâshiri disebutkan, “Namrud bin Kan’an bin Kusy bin Ham bin Nuh adalah orang pertama pasca bah Nabi Nuh yang menguasai tanah Babul, mendominasi Arab dan Ajam serta membangun rumah ibadah patung. Namrudlah orangnya yang pertama kali menyembah berhala, memoles emas dan mencampur semen pada setiap patung sembahan. Kesemua sesembahan itu dipoles dengan permata.
Namrud menjadikan Adzar pembuat patung sebagai orang kepercayaannya dalam menjaga patung dan belajar ilmu Astronomi. Dan kemungkinan besar, patung-patung yang disembah dibuat dalam bentuk bintang-bintang.[2] 

Bermulanya Penyembahan Berhala di Mekah:
Amru bin Lahya membawa patung Habl dari Syam ke Mekkah dan masyarakat Mekah mulai menyembah patung:
Kabilah Jarham melakukan pemberontakan di Mekah dan peristiwa ini bertepatan dengan porak-porandanya kerajaan Saba dan runtuhnya Bani Haritsah bin Tsa’lab bin Amru bin Amir di negeri Mekkah. Mereka ingin hidup bersama Jarham di suatu tempat namun Jarham menghalangi maka meletuslah peperangan di antara mereka dan Bani Haritsah, sebagaimana yang disebutkan adalah Khuzai memenangi perang melawan mereka dan menguasai rumah.
Dan pemimpin mereka pada hari-hari tersebut adalah Amru bin Lahya dan mengusir orang-orang Jarham yang tersisa di tempat itu. Ibnu Lahya, Rabi’ah bin Haritsah bin Tsa’labah bin Amru Muziqiya bin Amir. Dalam hadis disebutkan sabda Rasulullah Saw tentang Amru bin Lahya yang menggelantung ususnya di neraka” karena ialah yang menyebabkan Buhairah, Saibah dan Hami[3] menciptakan bid’ah dan merubah agama Ismail serta menyebarluaskan penyembahan berhala.[4]

Mas’udi mengutip demikian, “Karena Amru bin Amir dan anak-anaknya dari Marib telah keluar Bani Rabi’ah sudah berpisah dan berhenti di Tahama. Karena berpisahnya mereka sehingga mereka disebut Khuzai dimana Khaza’ bermakna berpisah.. Khuzai memangku jabatan rumah dan sebagai orang pertama yang memangku jabatan manajemen rumah adalah Amru bin Lahya dan nama Lahya ketika itu adalah Haritsa bin ‘Amir. Amru merubah dan mengganti agama Ibrahim dan menyeru orang untuk menyembah berhala. Menurut Thabari, ia pergi ke Syam (Suriah) dan melihat sekelompok orang menyembah patung dan sebuah patung diserahkan kepadanya yang dipasang di Ka’bah.
Kaum Khuzai memperoleh kekuatan dan seluruh masyarakat merasakan kezaliman Amru bin Lahya. Salah satu Jarahmpan yang merupakan salah satu pengikut agama lurus berkata masalah ini kepada Amru bin Lahya, “Wahai Amru! Jangan engkau berlaku aniaya di Mekkah karena di tempat ini adalah tempat haram (yang dihormati dan dimuliakan). Tanyakanlah apa yang telah terjadi bagi orang-orang Ad dan Bani Amaliq yang telah berubah menjadi unta. Kemanakah mereka? Orang-orang dengan cara seperti ini telah binasa.” Amru bin Lahya memasang banyak patung di sekeliling Ka’bah dan penyembahan berhala semakain merajalela di tanah Arab dan agama lurus (hanif) kecuali sedikit telah mengalami degradasi.
Syahnat bin Khalf Jarhami dalam hal ini berkata, “Wahai Amru! Engkau menaruh tuhan-tuhan di sekeliling rumah (Ka’bah). Di sini orang-orang senantiasa menyembah Tuhan yang Esa. Namun engkau menaruh banyak tuhan di tengah-tengah masyarakat. Ketahuilah bahwa Tuhan akan memilih selainmu seseorang yang akan memasang kain untuk Ka’bah di masa datang.” Disebutkan bahwa Amru bin Lahya berusia tiga ratus lima puluh tahun. Pengurusan Ka’bah berada di tangan suku Khuza’i.[6]

[1]. Mujmal al-Tawârikh wa al-Qishâsh, hal. 189 & 190, Riset oleh Mulk al-Syua’ara Bahar, Teheran, Kalalah Khawar. 
[2]. Thabaqât Nâshiri Târikh Irân wa Islâm, Minhaj Siraj, jil. 1, hal. 138, riset oleh Abdul Hayyi Habibi, Teheran, Dunya-e Kitab, Cetakan Pertama, 1363 S. 
[3].  “Allah sekali-kali tidak pernah mensyariatkan adanya bahîrah, sâ’ibah, washîlah, dan hâm. Akan tetapi, orang-orang kafir membuat-buat kebohongan terhadap Allah, dan kebanyakan mereka tidak mengerti.” (Qs. Al-Maidah [5]:103)
[4]. Al-Ibar Târikh, Ibnu Khaldun, terjemahan Persia oleh Abdul Muhammad Ayati, jil. 1, hal. 379, Muassasah Muthala’at wa Tahqiqat Farhanggi, Cetakan Pertama, 1363 S.
[5]. Ibnu Hisyam (W 218), Zendegâni Muhammad Saw Payâmbar Islâm, terjemahan Persia oleh Rasuli, jil. 1, hal. 52, Sayid Hasyim, Teheran, Intisyarat-e Kitab, Cetakan Kelima, 1375 S. 
[6]. Abu al-Hasan bin al-Husain Mas’udi (W 346), jil. 1, hal. 418 dan 419, Terjemahanan Persia oleh Abu al-Qasim Paibande, Teheran, Intisyarat-e Ilmi wa Farhanggi, Cetakan Kelima, 1374 S.