Thursday, May 19, 2016

Ujian Medsi

UJIAN MEDSI

Assalamualaikum. Tahniah kepada calon-calon yang ditawarkan menduduki Ujian Medsi bagi sesi 2016/2017 yang akan diadakan mulai 19 Mei hingga 24 Mei 2016 di seluruh Malaysia. Semakan boleh dibuat di laman rasmi Universiti Pendidikan Sultan Idris di http://emysis.upsi.edu.my/interviewUpsi/ 

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEDSI BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
Semakan layak menduduki ujian MEdSI bagi program pendidikan akan dibuka pada 18 Mei 2016 (Rabu) selepas jam 12.00 tengah hari. Tarikh dan masa semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEDSI BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA BUKAN PENDIDIKAN
Semakan layak menduduki temu duga/ ujian khas program ISM bagi (tari, teater, komunikasi, dan sains sukan sahaja) boleh mula disemak mulai 19 Mei 2016 (Khamis) selepas jam 12.00 tengahari. Semakan tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

ZON UJIAN MEDSI
BILZONTARIKH
1UPSI, Perak21 Mei - 22 Mei 2016
2UUM, Kedah21 Mei - 23 Mei 2016
3UTHM, Johor22 Mei - 24 Mei 2016
4UMS, Sabah21 Mei - 24 Mei 2016
5UiTM Machang, Kelantan21 Mei - 23 Mei 2016
6UIAM Gombak, Selangor23 Mei - 24 Mei 2016
7UNISZA, Terengganu23 Mei - 24 Mei 2016
8UPM Bintulu, Sarawak21 Mei - 23 Mei 2016

Apakah Ujian Medsi?
Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.  Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] bertujuan untuk mengukur kualiti instrinsik calonn guru dari seg personaliti, minat kerjaya, nilai Integriti dan kecerdasan emosi. Item-item soalan Medsi telah digubal oleh Jawatankuasa Panel Penggubal Medsi yang terdiri daripada sekumpulan pakar dari institusi pengajian awam Malaysia.


Format Ujian MedSi



    Mengandungi 300 soalan dan dijawab dalam masa 1 Jam
    Mempunyai  4 bahagian:
    Bhg 1 : Personaliti 110 item
    Bhg 2 : Minat kerjaya 60 item
    Bhg 3 : Nilai intergriti 70 item
    Bhg 4 : Kecerdasan emosi 60 item
    Medsi adalah berbentuk aneka pilihan

Ramai calon lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan STAM yang cemerlang dan mempunyai rekod akademik yang cemerlang gagal melepasi ujian ini. Nak tahu kenapa? Kerana mereka sangka soalan MEDSI mudah jadi mereka tidak membuat persediaan secukupnya.... sebagai persediaan dan persiapan anda boleh dapatkan contoh soalan Medsi di sini!

Sekiranya calon berjaya melepasi Ujian Medsi calon akan ditawarkan pula temuduga dan ujian khas pendidikan yang dijangka akan diadakan pada 16 hingga 21 Jun 2016. Sesi ini juga sangat mencabar. calon harus bersedia dengan penampilan yang sesuai dan menguasai isu-isu semasa pendidikan. Ramai juga yang gagal di peringkat ini juga kerana kurang persediaan atau tidak tahu bagaimana nak bersedia.

Jadi anda bertuah kerana menemui laman blog ini. Kami menawarkan Pakej Ujian Medsi dan Temuduga Pendidikan yang In Sya Allah akan dapat membantu anda lulus UJIAN MEDSI dan Sesi Temuduga Khas tersebut. Dapatkan Pakej tersebut di sini!

2 comments:

Nadia Addinni said...

Salam.nak tanya ujian kercedasan medsi tu Ada yg medsi melibatkan latihan fizikal ka.terima kasih

Nadia Addinni said...

Salam.nak tanya ujian kercedasan medsi tu Ada yg medsi melibatkan latihan fizikal ka.terima kasih