Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Sunday, January 10, 2016

Ujian Kelayakan Calon Guru

Mulai tahun 2014 Ujian Kelayakan Calon Guru dilaksanakan bagi menggantikan temuduga PPISMP KPLSPM. Agak banyak pembaharuan dalam pengujian telah dilaksanakan seperti penambahan dari segi ujian kecergasan. Namun Ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) tetap dilaksanakan. Untuk info lebih lanjut tentang INSAK sila klik di sini.


Contoh Soalan INSAK untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Soalan INSAK lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.
insak 1
insak 2
insak 3
INSAK4
insak6

2. Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 
A. Sesi Ujian Bertulis 
  • Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal
  •  Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
  • Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
  • Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .
SESI TEMU DUGA 
  • Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
  • Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.
PEMILIHAN 
  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan penting UKCG

Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

3. Panduan dan TIP temuduga sebagai asas boleh baca di blog ini. Jika nak baca Panduan yang lebih terperinci sila klik di sini

Update 2021: Mulai 2021 oleh kerana Pandemik Covid dan norma baharu... UKCG turut dilaksanakan secara dalam talian. Maka e-ukcg dilaksanakan. Ujian INSAK tetap diteruskan tetapi secara 'online' di setiap kali dibuat perubahan format. Ujian April dan Julai Temuduga bersemuka digantikan dengan penyediaan video Pengajaran dan Pembelajaran berdurasi 8 minit dan juga video ujian kecergasan fizikal (UKF). Pada ujian Okt & Nov e-UKCG ujian bersemuka diadakan secara 'online' segerak dan tiada video PdP. Dapatkan pakej panduan lengkap e-ukcg: merangkumi set-set soalan INSAK autoskor, tip temuduga bersemuka, panduan video PdP dan ujian kecergasan fizikal. Klik sini untuk maklumat lanjut!


INSAK DAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)


No comments: