Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Wednesday, October 28, 2015

Bahasa Kedah Hulu

Bahasa Melayu Kedah Hulu atau juga dikenali sebagai Basa Ulu atau Cakak Ulu merupakan sebuah variasi Bahasa Melayu tempatan yang dituturkan di tiga daerah di negeri Kedah iaitu di Baling, Sik dan Yan. Bahasa Melayu Kedah Hulu agak berbeza dengan Bahasa Melayu Kedah walaupun tinggal di dalam negeri yang sama dan lebih dekat dengan rumpun bahasa Melayu pantai timur seperti Bahasa Melayu Kelantan, Bahasa Melayu Terengganu, Bahasa Melayu Patani, Bahasa Melayu Pahang dan terutama sekali Bahasa Melayu Perak Ulu. Melayu Baling, seperti Melayu Gerik, bukit gantang, taiping, batu kurau. dikatakan berasal dari Melayu Patani yang melarikan diri dari Patani semasa perang Patani-Siam pada abad ke-18. Disebabkan geografinya dengan Thailand dan Kedah, bahasa Melayu Kedah Hulu menyerap pelbagai perkataan dari bahasa Siam dan bahasa Kedah. Lebih daripada 400,000 orang guna bahasa ini sebagai bahasa pertama mereka.
Bahasa Kedah Hulu Bahasa - Melayu Piawai

Beberapa Contoh perkataan:

Muka Tepoh - Simpang Tiga
Terekong -Terkam
Jeromoh -Jumpa
Khomoh- Pengotor
Jukhey -Hujung (merujuk kepada bahagian tepi jemorang)
Jemorang -Pelantar
Plasa -Pangkin
Tebeng -Sengaja
Jueh Bibir -Mulut bawah terkeluar
Kesik -Takut
Rocoh -Cucuk
Tusuk -Sembunyi
Keliyek -Yang lembut/melekat seperti bancuhan tepung ubi
Kheng -Tahan
Terepa -Meluru
Kelero -Mundar mandir
Rophong -Tiada gigi
Jaong -Mendung
Seloteng -Comot/penuh dgn kotoran
Cokeh -Cungkil
Kothok -Pendek
Berjegel -Berjaga
Kerosek/merokeh- cari
Lepa -Ralik/leka
Hok -Tercekik
Khek -Luah
Besilirik -Banyak
Balik / Pulang = Kelik
Sarapan = Beseghor
Kalut = Loghat
manis teramat = Manih melenting
Cantik/lawa = Jangok mengetek
tidak cermat/ beradab = nana
Balik dulu = Kho dulu
Ligan / Halau = Berghambat
Degil = Babey
jangan kalut = O' lu
angkat = Hakek
gaduh = gomo
Buang = Thok
kotor = damuh
Pelawa = semawa
Air = A
Tak tahu la = Tak tuh dey
Pukul = Taboh
Datang tak lagi?/ dah sampai belom = Mari dak gi?
tak la = Dak dey
Elok dah = Molek dah haih..
asyik duduk diam dalam bilik = kor dok kerok dalam bilik tue..
budak-budak ni = kobudak ni
mereka = dema
beri tahu = ghoyat
bukan la = dak de
Biar = lak

Sumber :

1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu_Kedah_Ulu
2. Kompilasi peribadi.

No comments: