Assalamualaikum...

Para pengunjung yang dikasihi!
Blog ini menyajikan info-info tentang apa yang saya ajar, minat dan rasa nak kongsi. Kalau sama-sama minat dan rasa blog ini bermanfaat tu bagus la. Boleh kita link. Salam ukhuwwah!!!

Tuesday, March 3, 2015

Permohonan Kursus Perguruan Untuk Lepasan SPM 2015

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU


Tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Jika anda berminat untuk menjadi seorang guru. Maka anda perlu bertindak segera memohon secara online melalui maklumat berikut di bawah tarikh akhir adalah 30 Mac 2015. Cepat ada beberapa hari sahaja lagi.
Persaingan amat kuat kerana berpuluh-puluh ribu calon berebut tempat untuk kouta yang sedikit biasanya beberapa ribu sahaja. Anda perlu mengetahui apakah tip-tip untuk berjaya dalam permohonan ini jika tidak mahu terlepas peluang sebagai peserta kursus. 

Anda perlu melepasi tapisan peringkat pengisian borang online, menduduki Ujian Kelayakan Calon guru UKCG yang terkini (klik sini untuk maklumat lanjut) UKCG terdiri daripada INSAK dan Ujian Kecergasan. Anda perlu tahu apakah kandungan UJIAN KELAYAKAN CALON GURU? Apakah bentuk-bentuk soalannya? Apakah teknik-teknik menghadapi dan menjawab soalan-soalannya? Dapatkan maklumat terperinci di sini sila klik.

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU 


Borang online:
Borang permohonan kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2015 secara online. Menerusi makluman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Sesi Jun 2015 bagi lepasan SPM dan Setaraf kini dibuka mulai 17 Februari 2015. Berikut adalah cara permohonan maktab perguruan PPISMP 2015.
maktab 2015

Borang Kursus Institut Pendidikan Guru PPISMP 2015 Online

Sila layari http://www.moe.gov.my mulai 17 Februari 2015


Syarat Kemasukan Kursus Maktab Perguruan PPISMP 2015
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang. Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu: i. Bahasa Melayu; dan
    ii. Sejarah.
  • Calon mestilah lulus Bahasa Inggeris.
Tarikh Tutup Permohonan
  • 8 Mac 2015
Semakan Panggilan Temuduga UKCG 2015
  • 23 hingga 29 Mac 2015
Tarikh Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2015
  • 30 Mac hingga 3 April 2015
Semakan Keputusan Maktab Perguruan 2015
  • 29 Mei 2015
Tarikh Penting Permohonan Maktab Perguruan 2015

tarikh-penting

APAKAH UJIAN KELAYAKAN CALON GURU? UKCG?

1 comment:

أحمد شكور said...

sepatutunya ipg mansuhkan sikit dari segi kelayakan umur tu...Kesian dengan orang yang lahir awal taqhun macam saye ni...Dah mohon tahun banyak kali tapi tak dapat..